Thursday 1 September 2016

BETULKAH INSURANS/TAKAFUL SUSAH CLAIM?

Benarkah Insurance / Takaful ni Susah Sangat Nak Claim?

Kenapa situasi ini kadang kala terjadi? Benarkah syarikat2 Takaful ni susah sangat nak claim? Mari kita lihat di bawah. Inilah klausa2 yang membuatkan claim susah atau tidak dapat diberi jika melanggar klausa di bawah;


Situasi ini sering terjadi jika anda memilih mode of payment menggunakan tunai(cash). Kadang kala kita boleh terlupa untuk membuat simpanan bulanan dalam akaun Takaful. Oleh itu sekiranya tiada sebarang simpanan dibuat selepas 31hari dari tarikh ‘due’ , polisi berkemungkinan besar akan lapsed atau terbatal. Di Zurich Takaful, anda boleh monitor policy anda dengan menggunakan web login ‘My Account’ . setiap pemegang polisi akan diberikan satu ‘My Account’ secara PERCUMA. Untuk cara penggunaan, sila klik DI SINI.



Anda perlu menyemak isi kandungan yang terdapat dalam policy(sijil). 99% customer memang tak baca fine print dalam policy selepas terima. So selalunya agen takaful akan explain briefly tentang apa yang cover dan apa yang exclude. 
Sebagai contoh, masih ramai customer yang beranggapan bahwa mereka akan automatic layak dapat pampasan jika mengidap penyakit kritikal kerana mereka mengambil manfaatcritical illness. Sebagai contoh, jika anda disahkan menghidap kanser payudara( breast cancer) stage 2 dan ke bawah, anda masih belum layak untuk menerima pampasan dibawah rider Critical Illness. Melainkan anda ada mengambil rider ‘early payout ‘ atau Cancer Care(sila klik DISINI ) . Pampasan hanya diberi jika doctor sahkan penyakit anda berada tahap stage 3 dan ke atas.  




Operator Takaful berhak untuk membuat pengecualian di dalam kontrak untuk mereka yang sudah mempunyai penyakit terdahulu (‘pre-existing condition’)  atau mereka yang berisiko tinggi.

Contoh, jika anda seorang die-hard smoker, anda masih boleh mengambil takaful, tetapi operator takaful ada hak untuk exclude mana-mana manfaat dari polisi anda. Satu lagi contoh, anda pernah/masih mengalami penyakit asma sebelum ini. selepas itu baru anda nak apply medical card. Operator takaful ada hak untuk meminta anda buat medical check-up. pihak underwriter mungkin akan exclude apa saja penyakit yang berkaitan dengan respiratori ,bergantung pada tahap kesihatan anda.





Semasa mengisi borang cadangan(proposal form) takaful, customer wajib declare tahap kesihatannya for the past 10 years back or so. Customer juga wajib declare job descriptionmasing masing supaya pihak takaful boleh determine tahap apa risiko customer itu. Jika gagal declare secara sengaja atau tidak sengaja, operator takaful ada hak untuk tidak membayar sebarang tuntutan seperti termaktub dalam klausa policy(sijil).
  


Terdapat manfaat manfaat yang mempunyai waiting period dari tarikh commencement . sebagai contoh, penyakit2 kritikal hanya dapat dilindungi selepas polisi berkuat kuasa lebih dari 120 hari. Untuk info lanjut tentang waiting period ni, sila hubungi ejen takaful anda.

0 comments:

Post a Comment